Q. 【Pengumuman Penting】 Sila berwaspada dengan penyamaran dan penyalahgunaan nama UNIQLO di Media Social
● E-mel & Akaun Media Sosial Rasmi UNIQLO Malaysia
● Cara Mengendalikan Sumber Meragukan
● BIMI 【Penunjuk Jenama untuk Pengenalpastian Mesej】 di UNIQLO
● Cara Mengenal Pasti Laman Web, E-mel & Akaun Palsu
【Pengumuman】
Kami telah dimaklumkan tentang laman web/aplikasi palsu yang cuba menggunakan nama dan tanda dagangan (trademark) UNIQLO.  UNIQLO Malaysia hanya menyiarkan iklan pekerjaan di platform pekerjaan dan laman web rasmi kami (www.uniqlo.com/my/en/). Sila berhati-hati dengan seberangan iklan pekerjaan palsu/ pancingan data (phishing).
Kami hanya berkomunikasi untuk temu duga atau tawaran kerja melalui e-mel rasmi dan tiada saluran media digital atau sosial lain.
Sila jangan balas sesiapa yang membuat tawaran pekerjaan bagi pihak UNIQLO Malaysia yang tidak diminta atau mencurigakan.  
Untuk Bahasa Inggeris: tekan sini
E-mel & Akaun Media Sosial Rasmi UNIQLO Malaysia
Sila rujuk kepada e-mel dan akaun media sosial rasmi UNIQLO di bawah:
● Sistem: order@mail.uniqlo.com.my; noreply@mail.uniqlo.com.my; no-reply-sg@uniqlo.com.my
● eHebahan: enews@uniqlo.com.my
● Facebook: UNIQLO Malaysia
*Akaun rasmi UNIQLO akan ditandakan dengan lencana 'Verified' di sebelah nama akaun.
UNIQLO TIDAK sama sekali akan menggunakan akaun tanpa lencana 'Verified' atau akaun Gmail untuk mengumumkan sebarang kempen atau menghubungi pelanngan.
Cara Mengendalikan Sumber Meragukan
Sekiranya anda menerima e-mel, SMS atau mesej yang mencurigakan di sosial media yang mendakwa daripada UNIQLO, sila JANGAN:
● Membuka lampiran
● Menyebarkan mesej
● Menghubungi nombor telefon yang disenaraikan
Sila padam kesemua mesej dan sekat akaun palsu tersebut untuk mengelakkan sebarang kajadian tidak diingini.
Sekiranya anda membuat pesanan melalui laman web palsu, anda mungkin akan menghadapi masalah seperti tidak menerima produk atau menerima produk tiruan. Sila semak alamat laman web yang dipaparkan dalam web anda jika anda mengakses laman web rasmi UNIQLO.
Jika anda ingin mengesahkan e-mel/ mesej yang diterima atau ingin melaporkan akaun tidak rasmi, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui butang 【Chat Support】 atau 【By Email】 di bawah.
BIMI 【Penunjuk Jenama untuk Pengenalpastian Mesej】 di UNIQLO
Langkah Keselamatan untuk Melindungi Pelanggan daripada Penipuan E-mel.
UNIQLO telah melaksanakan langkah keselamatan yang ketat untuk mencegah penyamaran e-mel. Untuk membantu pelanggan mengenali e-mel yang sah, UNIQLO kini menggunakan BIMI (Brand Indicators for Message Identification). Ini membolehkan logo rasmi UNIQLO dipaparkan di sebelah e-mel dalam peti masuk yang disokong.
Penyedia E-mel Popular yang Menyokong BIMI
• Gmail:
Logo UNIQLO akan dipaparkan apabila e-mel dibuka dalam pelayar desktop. Dalam telefon bimbit (iOS/Android), logo akan dipaparkan dalam paparan senarai e-mel serta apabila e-mel dibuka. Selain itu, “Tanda Semak Biru (Blue Verified Checkmark)" juga akan dipaparkan pada versi desktop dan versi telefon bimbit Gmail.
• Apple Mail (iCloud.com):
Logo UNIQLO akan dipaparkan dalam aplikasi Apple Mail (iOS, macOS, iPadOS) dan di iCloud.com. (Apple Mail menyokong BIMI pada iOS 16, iPadOS 16, macOS Ventura 13 dan ke atas, serta iCloud.com)
• Yahoo! Mail - AOL:
Logo UNIQLO akan dipaparkan dalam senarai mesej dan paparan bacaan dalam aplikasi e-mel telefon bimbit untuk pengguna Yahoo! Mail dan AOL (iOS/Android).
Notis Penting
Bukan semua penyedia e-mel menyokong BIMI buat masa ini (Senarai pembekal e-mel yang menyokong BIMI boleh didapati di laman web “bimigroup”).
> Logo UNIQLO tidak akan dipaparkan dalam sesetengah perisian e-mel desktop yang popular (seperti Microsoft, Outlook, Mozilla Thunderbird dan lain-lain). E-mel UNIQLO dihantar daripada pelbagai domain dan subdomain, jadi logo mungkin tidak akan sentiasa kelihatan walaupun e-mel tersebut adalah sah dan daripada UNIQLO atau FAST RETAILING. Harap maklum bahawa julat domain dan subdomain yang memaparkan logo UNIQLO sedang diperluaskan secara berperingkat.
Sekiranya e-mel yang diisytihar daripada UNIQLO kelihatan mencurigakan, sila padamkan e-mel tersebut tanpa membukanya. Jika telah dibuka, jangan balas, klik sebarang pautan, atau muat turun sebarang lampiran. Sekiranya anda keraguan tentang keaslian e-mel UNIQLO, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui 【Chat Support】 atau 【By Email】.
Cara Mengenal Pasti Laman Web, E-mel & Akaun Palsu
【Laman Web Palsu】
Alamat laman web rasmi UNIQLO yang betul ialah [www.uniqlo.com/my].
Sila ambil perhatian bahawa laman web palsu akan mempunyai domain yang berbeza, seperti [www.●●●●●●uniqlo.com] and [www.unlqio●●●.com].
Sila kenal pasti ciri-ciri laman web palsu:
● Alamat e-mel menggunakan domain emal percuma.
● Harga produk yang sangat rendah.
【E-mel Palsu】
Sekiranya anda menerima e-mel yang mencurigakan, sila semak sekira pengirimnya adalah dari UNIQLO.
Alamat e-mel rasmi kami ialah [customerservice.my@uniqlo.com.my].
Sila kenal pasti ciri-ciri laman web palsu:
Contoh: ihwiagfpsy@ml.store.uniqlo.com
● Ejaan abjad yang berbeza dengan menggunakan nama UNIQLO.
Contoh: ●●●●●●@unlqio.com.my
● Harga produk yang sangat rendah.
【Akaun Sosial Media Palsu】
Akaun rasmi kami akan ditandakan dengan lencana 'Verified' di sebelah nama akaun.
Feedback Submitted
Thank you for your feedback.
We value your opinion and we aim to make our customers happy. 
Rest assured, we will use this information to improve our products and services.
Suggestion Box
            
CHAT SUPPORT