Q. 【Pengumuman Penting】 Sila berwaspada dengan penyamaran dan penyalahgunaan nama UNIQLO di Media Social
● E-mel & Akaun Media Sosial Rasmi UNIQLO Malaysia
● Cara Mengendalikan Sumber Meragukan
● Cara Mengenal Pasti Laman Web, E-mel & Akaun Palsu
【Pengumuman】
Kami telah dimaklumkan tentang laman web/aplikasi palsu yang cuba menggunakan nama dan tanda dagangan (trademark) UNIQLO. UNIQLO Malaysia hanya menyiarkan iklan pekerjaan di platform pekerjaan dan laman web rasmi kami (www.uniqlo.com/my/en/). Sila berhati-hati dengan seberangan iklan pekerjaan palsu/ pancingan data (phishing).
Kami hanya berkomunikasi untuk temu duga atau tawaran kerja melalui e-mel rasmi dan tiada saluran media digital atau sosial lain.
Sila jangan balas sesiapa yang membuat tawaran pekerjaan bagi pihak UNIQLO Malaysia yang tidak diminta atau mencurigakan.
Untuk Bahasa Inggeris: tekan sini
E-mel & Akaun Media Sosial Rasmi UNIQLO Malaysia
Sila rujuk kepada e-mel dan akaun media sosial rasmi UNIQLO di bawah:
● Sistem: order@mail.uniqlo.com.my; noreply@mail.uniqlo.com.my; no-reply-sg@uniqlo.com.my
● eHebahan: enews@uniqlo.com.my
● Facebook: UNIQLO Malaysia
*Akaun rasmi UNIQLO akan ditandakan dengan lencana 'Verified' di sebelah nama akaun.
UNIQLO TIDAK sama sekali akan menggunakan akaun tanpa lencana 'Verified' atau akaun Gmail untuk mengumumkan sebarang kempen atau menghubungi pelanngan.
Cara Mengendalikan Sumber Meragukan
Sekiranya anda menerima e-mel, SMS atau mesej yang mencurigakan di sosial media yang mendakwa daripada UNIQLO, sila JANGAN:
● Membuka lampiran
● Menyebarkan mesej
● Menghubungi nombor telefon yang disenaraikan
Sila padam kesemua mesej dan sekat akaun palsu tersebut untuk mengelakkan sebarang kajadian tidak diingini.
Sekiranya anda membuat pesanan melalui laman web palsu, anda mungkin akan menghadapi masalah seperti tidak menerima produk atau menerima produk tiruan. Sila semak alamat laman web yang dipaparkan dalam web anda jika anda mengakses laman web rasmi UNIQLO.
Jika anda ingin mengesahkan e-mel/ mesej yang diterima atau ingin melaporkan akaun tidak rasmi, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui butang【Chat Support】atau【By Email】di bawah.
Cara Mengenal Pasti Laman Web, E-mel & Akaun Palsu
【Laman Web Palsu】
Alamat laman web rasmi UNIQLO yang betul ialah [www.uniqlo.com/my].
Sila ambil perhatian bahawa laman web palsu akan mempunyai domain yang berbeza, seperti [www.●●●●●●uniqlo.com] and [www.unlqio●●●.com].
Sila kenal pasti ciri-ciri laman web palsu:
● Alamat e-mel menggunakan domain emal percuma.
● Harga produk yang sangat rendah.
【E-mel Palsu】
Sekiranya anda menerima e-mel yang mencurigakan, sila semak sekira pengirimnya adalah dari UNIQLO.
Alamat e-mel rasmi kami ialah [customerservice.my@uniqlo.com.my].
Sila kenal pasti ciri-ciri laman web palsu:
Contoh: ihwiagfpsy@ml.store.uniqlo.com
● Ejaan abjad yang berbeza dengan menggunakan nama UNIQLO.
Contoh: ●●●●●●@unlqio.com.my
● Harga produk yang sangat rendah.
【Akaun Sosial Media Palsu】
Akaun rasmi kami akan ditandakan dengan lencana 'Verified' di sebelah nama akaun.
Feedback Submitted
Thank you for your feedback.
We value your opinion and we aim to make our customers happy.
Rest assured, we will use this information to improve our products and services.