1. UNIQLO
  2. UNIQLO Malaysia Customer Service
  3. Online
  4. Others

Q. 【Pengumuman Penting】 Sila berwaspada dengan penyamaran dan penyalahgunaan nama UNIQLO di Media Social

Quick Links

● E-mel & Akaun Media Sosial Rasmi UNIQLO Malaysia
● Cara Mengendalikan Sumber Meragukan
● Cara Mengenal Pasti Laman Web, E-mel & Akaun Palsu

 

【Pengumuman】

Kami telah dimaklumkan tentang laman web/aplikasi palsu yang cuba menggunakan nama dan tanda dagangan (trademark) UNIQLO.  UNIQLO Malaysia hanya menyiarkan iklan pekerjaan di platform pekerjaan dan laman web rasmi kami (www.uniqlo.com/my/en/). Sila berhati-hati dengan seberangan iklan pekerjaan palsu/ pancingan data (phishing).

Kami hanya berkomunikasi untuk temu duga atau tawaran kerja melalui e-mel rasmi dan tiada saluran media digital atau sosial lain.

Sila jangan balas sesiapa yang membuat tawaran pekerjaan bagi pihak UNIQLO Malaysia yang tidak diminta atau mencurigakan.  

 
Untuk Bahasa Inggeris: tekan sini
 

E-mel & Akaun Media Sosial Rasmi UNIQLO Malaysia

Sila rujuk kepada e-mel dan akaun media sosial rasmi UNIQLO di bawah:
● Pusat Khidmat Pelanggan: customerservice.my@uniqlo.com.my
● Sistem: order@mail.uniqlo.com.my; noreply@mail.uniqlo.com.my; no-reply-sg@uniqlo.com.my
● eHebahan: enews@uniqlo.com.my
● Facebook: UNIQLO Malaysia
● Instagram: uniqlomyofficial
● Tiktok: @uniqlo_malaysia

*Akaun rasmi UNIQLO akan ditandakan dengan lencana 'Verified' di sebelah nama akaun.
User-added image 
Sila berhati-hati apabila membuka e-mel yang tidak diminta daripada akaun palsu yang menyamar sebagai UNIQLO.

UNIQLO TIDAK sama sekali akan menggunakan akaun tanpa lencana 'Verified' atau akaun Gmail untuk mengumumkan sebarang kempen atau menghubungi pelanngan.


 

Cara Mengendalikan Sumber Meragukan 

Sekiranya anda menerima e-mel, SMS atau mesej yang mencurigakan di sosial media yang mendakwa daripada UNIQLO, sila JANGAN:
● Menekan pautan URL 
● Membuka lampiran
● Membalas/ mengisi borang soal selidik
● Membalas mesej
● Menyebarkan mesej
● Menghubungi nombor telefon yang disenaraikan

Sila padam kesemua mesej dan sekat akaun palsu tersebut untuk mengelakkan sebarang kajadian tidak diingini.

Sekiranya anda membuat pesanan melalui laman web palsu, anda mungkin akan menghadapi masalah seperti tidak menerima produk atau menerima produk tiruan. Sila semak alamat laman web yang dipaparkan dalam web anda jika anda mengakses laman web rasmi UNIQLO. 

Jika anda ingin mengesahkan e-mel/ mesej yang diterima atau ingin melaporkan akaun tidak rasmi, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui butang【Chat Support】atau【By Email】di bawah.


 

Cara Mengenal Pasti Laman Web, E-mel & Akaun Palsu

【Laman Web Palsu】
Alamat laman web rasmi UNIQLO yang betul ialah [www.uniqlo.com/my].

Sila ambil perhatian bahawa laman web palsu akan mempunyai domain yang berbeza, seperti [www.●●●●●●uniqlo.com] and [www.unlqio●●●.com].

Sila kenal pasti ciri-ciri laman web palsu:
● Nama akaun bank tidak sepadan dengan nama syarikat. 
● Alamat e-mel menggunakan domain emal percuma.
● Harga produk yang sangat rendah.

【E-mel Palsu】
Sekiranya anda menerima e-mel yang mencurigakan, sila semak sekira pengirimnya adalah dari UNIQLO. 

Alamat e-mel rasmi kami ialah [customerservice.my@uniqlo.com.my].

Sila kenal pasti ciri-ciri laman web palsu:
● Di hapadan @, terdapat abjad tanpa makna dan rawak.
Contoh: ihwiagfpsy@ml.store.uniqlo.com 
● Ejaan abjad yang berbeza dengan menggunakan nama UNIQLO.
Contoh: ●●●●●●@unlqio.com.my
● Harga produk yang sangat rendah.

【Akaun Sosial Media Palsu】
Akaun rasmi kami akan ditandakan dengan lencana 'Verified' di sebelah nama akaun.
User-added image
 


 
Was this information helpful?
If our FAQs did not answer your question and you need further assistance,
please contact our customer support team via chat, email or phone.
Please let us know why this article is not helpful.
Please let us know which part of this page is hard to understand.Please let us know what information you are looking for.Please let us know which parts of the article are not matching.Please let us know how we can improve our policy/ service to meet your needs.Please share your reason and how we can improve it.

Note: Please do not fill in any personal information.

Your feedback will be shared with our team for review and will be used to help us improve our products and services. We are unable to reply directly to any feedback given here.

Please enter your comments below:


Feedback Submitted

Thank you for your feedback.
We value your opinion and we aim to make our customers happy.
Rest assured, we will use this information to improve our products and services.